Ciri-ciri botani چيري٢ بوتاني Kucai

Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tumbuhan saka (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaan pertumbuhannya dijagai.